Friday 30 December 2011

Semiskin Mana Sekalipun, Kita Mesti Kaya Dengan Senyuman

Jasrina - Model Hijab Sambilan. Foto: Facebook

As-Salam.
Walaupun kita tak berharta, namun kita telah diberikan satu anugerah yang hebat, yang boleh menandingi nilai satu sedekah iaitu senyuman. Hebatnya senyuman sehinggakan ia boleh memberikan magis tersendiri.

Dengan senyuman;
  • orang marah akan reda kemarahannya
  • orang sakit akan rasa hilang pedihnya
  • orang kecewa akan bangkit semangatnya
  • orang menangis akan ceria hatinya
  • orang merajuk akan hilang rajuknya
  • orang yang miskin harta dapat bersedekah dengannya ....

Hebatkan? Hanya dengan menguntumkan senyuman, seseorang itu boleh berikan ubat kepada derita, hati yang sengsara jadi gembira.


Jangan lokek dengan memberikan senyuman. Senyuman itu satu anugerah, satu bentuk keajaiban yang diberikan oleh Tuhan. Ia ada penawar tersendiri. Senyumlah kepada pasangan anda, anak-anak anda, teman-teman anda .. malah kepada sesiapa jua yang anda merasakan mereka memerlukan sekuntum senyuman manis dari anda .... bukan senyuman sinis ehhh ... :P

Senyum seindah suria ... 
Senyumlah dari hati .........


Sumber Asal: Semiskin Mana Sekalipun, Kita Mesti Kaya Dengan Senyuman | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More