Tuesday 21 March 2017

Sultan Johor akan umum rumah Banglo bawah RM100,000 untuk rakyat dengan deposit RM1

SULTAN JOHOR akan mengumumkan satu kejutan untuk rakyat Johor menerusi skim rumah mampu milik sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda yang ke 59 tahun pada hari Khamis ini lapor The Star.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa projek hakmilik kekal (freehold) di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat akan memberikan konsep berbeza bagi unit-unit rumah dan komersial.




"Saya mahu Bangsa Johor jadi masyarakat yang memiliki rumah sendiri," titah baginda.

"Saya mahu ini menjadi skim perumahan pertama yang benar-benar mampu milik menawarkan rumah-rumah yang paling murah dengan kualiti terbaik untuk rakyat,"

"Bayangkan rakyat memiliki banglo 3 bilik atau semi-D pada harga di bawah RM100,000 bagi setiap unit," titah baginda dalam satu kenyataan yang dipetik oleh The Star.

Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1 untuk pinjaman penuh melalui satu pembayaran mudah tambahnya.

Sultan Ibrahim bagaimanapun menyebut bahawa walaupun tawaran tersebut akan dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak namun proses pemilihan adalah ketat.

"Saya tak mahu dedah terlalu banyak namun rakyat dijemput untuk ke Galleria@Kotaraya pada hari Rabu untuk pelancaran projek yang mengujakan," titahnya.

Sultan Ibrahim juga menjangkakan inisiatif itu akan menggegarkan industri perumahan di sini dan membuatkan pemaju swasta untuk menurunkan harga hartanah.

"Kita mesti membuatkan perumahan lebih mampu milik," titahnya.

"Harga kini terlalu tinggi berbanding kemampuan purata rakyat."

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More