Tuesday 27 December 2011

Budak 7 Tahun Dipaksa Bekerja Sebagai Penari Kelab Malam

Malang benar nasib Huang Doudou. Kerana pada usianya yang baru menginjak tujuh tahun, gadis ini dipaksa untuk bekerja empat malam dalam seminggu sebagai seorang penari kelab malam untuk membantu orang tuanya yang cacat.
Ketika teman-teman sekolahnya berada dalam selimut yang hangat di tempat tidur, Huang memakai seluar ketat dan kasut tumit tinggi untuk tampil di hadapan para tetamu di sebuah kelab malam dekat dengan rumahnya di Urumqi, Mongolia.
Make-up tebal, dan melakukan empat gaya Latin telah menjadi rutin malam bagi Huang untuk mendapatkan upah sekitar £80 pound sebulan.
Diketahui, Huang terpaksa mengambil langkah ini ketika kedua orang tuanya menjadi cacat, dan ia sekarang menjadi tulang belakang keluarganya.
“Ini menyenangkan, namun pekerjaan saya selesai setelah pukul 11 malam, dan kemudian saya harus menyiapkan
pekerjaan rumah saya untuk
sekolah esok.” tutur gadis pemberani ini.
“Saya suka menari dan kadang- kadang saya mendapatkan wang tip yang dapat membantu membayar keperluan hidup. Kadang-kadang saya merasa letih, tetapi ini adalah pekerjaan yang sangat baik.” tambahnya.
Ibu Huang tidak mampu lagi bekerja setelah kaki kirinya mengalami kecederaan dalam sebuah kemalangan,sementara ayahnya menderita gastrik kronik, yang membuatnya sukar untuk mencari pekerjaan.
Keluarga Huang tinggal di sebuah flat sewaan kecil, yang ukurannya kurang dari 12 meter persegi dan dibahagi menjadi dua bilik.

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More