Saturday 31 December 2011

7 Situasi Adam dan Hawa Yang Pelik di Mata Kaum Adam


Peliknya Kaum Hawa di Mata Kaum Adam
  1. Bila si Hawa beli kasut baru hampir setiap bulan, si Hawa akan cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau kaum Adam beli kasut baru kerana kasut lama dah koyak, si Hawa akan kata si Adam nak mengorat awek lain.
  2. Kalau si Hawa puji Tom Cruise tu kacak tampan, si Hawa beritahu sebab memang peminat setia, tapi kalau si Adam puji Rozita Che Wan tu cantik, si Hawa akan cakap si Adam suka membanding-bandingkan dengan perempuan lain.
  3. Apabila si Hawa tak telefon si Adam selama seminggu, Hawa beritahu tak bermakna tidak merindu, tetapi kalau si Adam tak telefon hanya selang dua hari, si Hawa akan cakap dah curang dan dah lupakan dia.
  4. Jika si Hawa senyum kat lelaki lain, si Hawa akan cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau si Adam berikan senyuman pada perempuan lain, si Hawa akan cakap si Adam nak mengorat si Hawa yang lain.
  5. Kalau si Hawa tu lewat, dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau si Adam lewat dia cakap mesti si Adam nak beri alasan jalan jem.
  6. Sii Hawa selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali si Adam minta tolong bayarkan lunch, dinner atau tiket wayang mesti dia cakap si Adam ni tak gentleman, last-last si Adam juga yang kena bayar.
  7. Kalau si Hawa diam memanjang, si Hawa akan cakap dia tak ada mood dan tak tahu apa nak cakap, tapi kalau si Adam diam memanjang dia cakap mesti tengah teringatkan perempuan lain. 

So, macam mana.... apabila sering setiap perlakuan serupa tak sama maksud. Adehhh ... memang pelik kan .... 


1 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More