Tuesday 27 December 2011

Foto "Ehem-ehem" Mahasiswi Cantik Tersebar


Sumber foto: unikaja.com

Menurut berita yang dipetik oleh unikaja.com. seorang wanita yang masih bergelar mahasiswi di sebuah institut perguruan berhadapan dengan aib apabila gambar bogelnya tersebar di internet baru-baru ini. Sejak penyebaran gambar-gambar itu, kampus tempat mahasiswi itu menuntut yang letaknya di Jalan Parangtritis Bantul Yogyakarta menjadi kecoh. 

Menurut sumber berita, gambar mahasiswi yang dikenal sebagai Y, 20, berasal dari Bangka Belitung dirakam ketika bersama-sama dengan guru peribadinya yang juga bergelar mahasiswa. Diduga, foto-foto itu dirakam ketika mereka melakukan hubungan intim. Mahasiswa yang dinamai W itu dipercayai memuat naik gambar-gambar itu ke internet. 

Agak mengejutkan apabila mahasiswi yang menjadi mangsa itu sebenarnya sudah bersuami yang dikenal dengan nama inisial FJ. Suaminya yang juga masih bergelar mahasiswa mengakui bahawa wanita dalam gambar-gambar yang tersebar itu ialah isterinya dan memberitahu kepada media bahawa perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak polis 13 Disember lalu.

“Saya suaminya, nanti sila menanyakan ke pengacara saya,” kata suami mahasiswi tersebut ketika mengesahkan hal itu melalui telefon bimbit milik isterinya, Rabu (14/12/2011).

“Tolong kampus saya disamarkan (jangan disebutkan), mohon kerjasamanya,” katanya lagi melalui SMS. -DCM



P/s: Moralnya, jauhi zina. Jika anda sudah berkahwin pun, jangan sesekali mengambil gambar dalam keadaan mengaibkan atau ketika melakukan hubungan intim bersama-sama dengan isteri atau suami. Hal ini penting kerana walaupun gambar itu sudah dipadamkan sama ada di telefon atau di komputer, namun gambar-gambar itu boleh diperoleh semula oleh orang individu yang mempunyai kepakaran.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, sekali gambar anda tersebar di internet, gambar itu akan kekal di situ selama-lamanya. Jika gambar yang dimuatnaikkan itu mengaibkan, maka aiblah yang akan anda "dapat" sehingga ke akhir hayat.

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More