Tuesday, 24 January 2012

Kisah Merokok dari Seorang Perempuan

Air mata bukan satu perkara yang jarang aku linangkan. Boleh jadi kalau lapar pun aku menangis. Tapi tidak sama dengan apa yang aku lakukan, fikirkan hari ini. Adakala, kita sebagai manusia biasa mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang bodoh hanya kerana tekanan yang sebenarnya boleh diatasi dengan baik.

Tidak perlulah aku ceritakan apa yang aku buat hari ini. Tapi kalau korang terbaca tajuk entri ini, mesti tahu. Aku bersyukur kerana rokok dan aku tidak serasi sama sekali.

Santiknya pompuan nih!

Uishh, apa tu kat tangan diaaa?
Rokok naa.
Apa pii buat lagu tu?
Banyak soalan hang naaaa.

Aku ada saja kawan-kawan perempuan yang merokok. Tak pernah pun aku rasa apa yang mereka lakukan itu ganjil atau dilarang sama sekali dilakukan walhal orang lelaki sibuk kepul-kepul sana sini. Cuma merokok itu nafsu, sama seperti perbuatan buruk yang lain, seperti minum arak, berzina ataupun tidak menutup aurat. Sama ada lelaki atau perempuan, hukumnya tetap sama. (Jadi janganlah sibuk kutuk perempuan merokok, kalau hang pun merokok.)

Sebab aku dah cuba hisap rokok hari ini aku nak buat review.

Apa aku rasa:
  1. Mula-mula hisap rasa macam main asap je (ok, aku tak tahu macam mana nak hisap).
  2. Rasa seronok pulak lama-lama main asap. (cuba buat bentuk O!)
  3. Rasa macam relax sikit (Ni sah-saj nikotin).
  4. Jantung rasa  at ease. Macam semua benda dalam kepala yang sedang laju tu, dapat diperlahankan. (Aku nervous je takut jantung berenti. haaaa, such an amature).
  5. Lepas dah lama-lama tu, hisap lagi sebatang. (Tak puas hati apesal tak tahu lagi kenapa orang suka hisap).
  6. 15 minit kemudian.... ... .. Pening kepala, tarik nafas macam rasa tersekat sikit. (Apa korang fikir?) 

Tengok. Menyesal aku hisap. Itulah lain kali kalau ada masalah, janganlah cuba-cuba nak rosakkan diri ke apa ke, walau besar mana pun masalah yang timbul. (Pandai aku lecture).

Jadi nasihat aku, janganlah hisap rokok. Taubat nasuha lah lepas ni aku woi. Semata-mata nak buat review, aku hisap rokok ni. (Sebenarnya aku emo, jadi aku self destruct diri aku sekejap).

Ha, meh sini tengok kandungan bahan kimia dalam sepuntung rokok.

Uihhh, Cikgu Chemistry mesti tahu ni.

Haaa, ni tengok pula apa boleh jadi dekat tubuh badan korang.

"Atuk den dah 60 tahun isap rokok ni ha, tak mati mati den tengok". (Atuk kau isap rokok daun dol).

Jadi, tak perlulah ya hisap rokok ni. Bukan dapat apa-apa faedah pun. Keseronokan sementara yang sementara sangat. Duit habis, badan pun sakit. Apedaaa.

Ingatlah orang yang tersayang.

2 tukang komen:

family skrg da open minded dgn perempuan merokok.aku mula merokok semasa form5.mulanya terkantoi.lama2 mereka xkisah.dari pada suka2 merokok akhirnya jadi ketagih.kat rumah bila gian aku smoke kat bilik.kali pertama aku merokok dpn parent aku semasa harijadi aku.aku termerokok depan mereka.

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More