Semua orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yangperkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.
Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.
Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog yang di’dakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan, individu yang tidak dapat di’pastikan identiti ini telah mendedahkan beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011 lalu.
Farah Asyikin di’dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami, Hattan untuk membayar segala hutang piutang beliau.
Bukan itu sahaja, Farah Asyikin juga di’dakwa pernah mengandung hasil hubungan bersama seorang kekasih berbangsa asing ketika berada di Jakarta, Indonesia dan menggugurkan kandungan tersebut.
Jika benar apa yang di’dakwa oleh penggodam blog Farah Asyikin ini, bermakna wanita ini memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat sebelum berkahwin dengan Hattan. Hmm.
0 tukang komen:
Post a Comment