Tidak berapa elok sangat untuk memicit jerawat sebenarnya, kerana mungkin akan terjadi lebih banyak jerawat akibat jangkitan kuman yang dah sedia ada itu. Dan ia juga boleh membengkak kerana luka yang dijangkiti bakteria, dan memakan masa yang lama untuk pulih.
Sebaiknya biarkan ia sembuh secara natural, asalkan tidak digaru atau dirobek-robekkan ia kerana dibimbangi jangkitan akan berlaku akibat darinya.
Tetapi jika hati dah kemaruk sangat nak picit, maka cuba lah langkah-langkah di bawah ini;
- Mandi air hangat atau mandi biasa supaya kulit anda lembut
- Buang semua mekap dan cuci muka anda dengan berhati-hati
- Basuh tangan anda dengan pembasmi kuman untuk mencegah jangkitan
- Sterilkan jarum yang bersih pada api
- Sekarang perlahan-lahan cucuk hujung jerawat dengan jarum
- Ambil kertas tandas atau tisu bersih dan balut di sekitar jari anda
- Perlahan-lahan tekan sisi jerawat itu dan perlahan-lahan keluarkan nanah. Berhenti apabila bendalir jernih atau darah yang jelas muncul.
Ingat, lakukan ini hanya untuk jerawat yang mempunyai 'kepala putih' terjulur keluar. Jangan cuba untuk memaksa 'kepala putih' yang di bawah permukaan kulit, kerana ia risiko menghantar bakteria jerawat kembali ke dalam kulit anda. Tunggu sehingga ia membesar keluar dari kulit anda atau gunakan kaedah berikut:
Rendam sehelai kain kasa steril dalam campuran air garam suam dan pegang kain kasa dengan serta-merta selama 5-10 minit. Air garam akan membantu keringkan jerawat dan menariknya ke permukaan kulit. Cuba picit jerawat hanya jika anda lihat 'kepala putih' itu terjulur keluar.
0 tukang komen:
Post a Comment