Wednesday, 4 January 2012

12 Kebaikan Melakukan Seks

Hanya seks halal dibenarkan.  Seks adalah keperluan asas suami isteri.  Selain dapat nikmat sedap dan untuk buat anak, seks juga punya kebaikan dari segi kesihatan.

Berikut adalah kebaikan seks dari segi kesihatan.

Seks mengurangkan stress
Mereka yang kerap melakukan aktiviti seks dilihat lebih ceria, tiada masalah dan tahu bagaimana untuk mengawal stress.

Seks meningkatkan imuniti badan
Melakukan seks sekali atau dua kali seminggu dikaitkan dengan peningkatan antibodi immunoglobulin A atau IgA, yang boleh mengurangkan anda dijangkiti selsema dan lain-lain jangkitan.

Seks membakar kalori
Tiga puluh minit melakukan seks membakar 85 kalori atau lebih.  Jika nak banyak lagi kalori dibakar lakukan dengan lebih lama dan kerap.

Seks baik untuk jantung
Aktiviti seks adalah bentuk senaman yang meningkatkan degupan jantung dan melancarkan aliran darah.  Penyelidikan menunjukkan melakukan seks dua kali atau lebih seminggu mengurangkan separuh serangan jantung.

Seks meningkatkan nilai kendiri
Cara yang paling cepat dan ringkas untuk meningkatkan mood, melawan depresi dan kerungsingan ialah melakukan seks.

Seks mengeratkan hubungan
Melakukan seks dan memperolehi orgasme meningkatkan tahap hormon oxytocin, iaitu hormon cinta.  Hormon ini membuatkan anda lebih rapat dengan pasangan dan meningkatkan kepercayaan.  Tinggi hormon oxytocin juga dikaitkan dengan perasaan pemurah.

Seks mengurangkan kesakitan
Endorphins meningkat seiring dengan peningkatan hormon oxytocin dan ini akan mengurangkan kesakitan.

#   Adakah anda hebat?

Seks mengurangkan risiko kanser prostat
Penyelidikan menyatakan, pancutan yang kerap terutama mereka yang berumur 20an akan mengurangkan risiko kanser prostat apabila umur meningkat tua.

Seks membantu dalam pengawalan pundi kencing
Terapi seks mencadangkan wanita melakukan senaman kegel juga di waktu hubungan seks.  Senaman ini membuatkan otot berkaitan inkotinen menjadi kuat.

Seks membolehkan anda mendapat tidur yang nyenyak
Hormon oxytocin juga membantu dalam tidur.  Seks, rasa dicintai, stress kurang, kebimbangan hilang dan ini membantu dalam mendapatkan tidur yang nyenyak.

Seks menjadikan kulit anda sihat
Ketika seks, badan mengeluarkan hormon DHEA yang boleh meningkatkan sistem imuniti, kulit yang sihat dan mengurangkan depresi.

Seks mengurangkan tekanan darah


sumber  :  asiaone


Psst  :   Adakah anda mampu melakar sejarah di sini?

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More