Monday, 23 January 2012

Lelaki Perempuan Berkawan Rapat

AMARAN! Post ini diklasifikasikan sebagai Liberal Content yang mungkin menyinggung sesetengah pihak.

Hari ini kita akan berbicara tentang satu lagi teori berdasarkan permasalahan: Adakah lelaki dan perempuan boleh berkawan baik?
Apabila ditanya soalan ini rata-ratanya menjawab “Tidak“.
Jika ditanya sebab pula, kebanyakannya menjurus kepada satu perkataan: Fitnah.

Hubungan lelaki dan perempuan pada asalnya dilihat sebagai satu hubungan sosial yang keji dan tidak seharusnya berlaku. Di sini saya akan highlight beberapa perkara:
1. Mentaliti ini akan hilang dengan sendirinya jika lelaki dan perempuan tersebutberkahwin.
2. Fitnah yang selalu digembar-gemburkan selalunya berkaitan gejala sosial.
Kalau lelaki dan perempuan tersebut bujang belum berkahwin, maka akan timbul fitnah berupa gosip liar. Kalau mereka sudah berkahwin, maka akan timbul fitnah berupa skandal bercinta dengan suami/isteri orang.
Maka untuk mencegah fitnah daripada berlaku, masyarakat menganggap hubungan lelaki dan perempuan sebagai kawan rapat adalah sesuatu yang keji dan perlu dielakkan dan dihalang daripada berlaku.
Namun begitu adakah benar mentaliti mencegah fitnah ini berdasarkan gejala sosialyang mungkin berlaku?

Saya bawakan beberapa situasi:
Lelaki dan perempuan; bujang, bukan adik-beradik, berkawan rapat: Masyarakat memandang hubungan ini dengan serong. Kemungkinan gejala sosial zina adalah YA, kemungkinan perkahwinan adalah YA.
Lelaki dan perempuan; salah satu atau keduanya sudah berkahwin, berkawan rapat: Masyarakat memandang hubungan ini dengan serong. Kemungkinan gejala sosial zina adalah YA, kemungkinan perkahwinan adalah YA.
Lelaki dan perempuan; adik beradik, berkawan rapat: Masyarakat tidakmemandang hubungan ini dengan serong. Kemungkinan gejala sosial zina adalah YA, kemungkinan perkahwinan adalah TIDAK.

Berdasarkan pemboleh ubah yang diberi, kita boleh simpulkan bahawa gejala sosial zina dan pandangan serong masyarakat langsung tidak berkaitan. Namun yang berkaitan adalah kemungkinan perkahwinan. Jika ada kemungkinan perkahwinan maka masyarakat akan memandang hubungan ini dengan serong.
Ini dinamakan pemikiran materialistik atau pemilikan. Masyarakat sebenarnya didoktrin dengan pemikiran ini oleh Yahudi dan mungkin juga gerakan Freemasonyang bergerak secara senyap. Pemikiran ini menganggap perkahwinan sebagai suatu bentuk pemilikan harta yang boleh berlaku situasi rampas merampas. Sedangkan perkahwinan bukanlah satu cara untuk mengawal dan memiliki seseorang tapi satu bentuk tanggungjawab yang diamanahkan.
Disebabkan inilah anda sering mendengar istilah ‘perampas suami orang‘ dan ‘perampas kekasih orang‘. Punca utama bukan kerana ingin mencegah gejala sosial tetapi untuk mengawal konsep pemilikan harta. Juga sering mendengar istilah ‘jual beli anak‘ meletakkan hantaran yang mahal setanding dengan level perempuan tersebut. Disebabkan oleh mentaliti materialistik.

Saya secara liberalnya menganggap lelaki dan perempuan sebagai sebuah entiti manusia selaras dengan Millenium Development Goal KetigaTo promote gender equality, yang seharusnya dilayan dengan adil, boleh berkawan baik, saling bantu membantu, dan menghormati satu sama lain selaras dengan tuntutan nilai moral agama. Kempen-kempen anti-ikhwah perlu dihapuskan dan masing-masing perlu memahami bahawa lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi.

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More