Monday 2 January 2012

Kim Kardashian antara 10 individu paling menarik 2011


LOS ANGELES 1 Dis. – Adik kepada Kate Middleton, Pippa Middleton dan bintang realiti televisyen, Kim Kardashian tersenarai sebagai 10 individu paling menarik pada 2011.
Menurut wartawan veteran Amerika Syarikat (AS), Barbara Walters yang mengendalikan rancangan Barbara Walters Presents the 10 Most Fascinating People of 2011, Pippa, 28, disenaraikan bersama penerbit rancangan realiti televisyen Britain, Simon Cowell, penyanyi Katy Perry dan ahli perniagaan Donald Trump.
Dalam rancangan selama 90 minit itu, Walters bakal mengumumkan individu yang berada pada kedudukan teratas dalam senarai itu.
Rancangan tersebut akan disiarkan pada 14 Disember ini.
Selebriti lain yang mencipta nama menerusi bidang hiburan, sukan dan budaya pop ialah pemain bola keranjang Derek Jeter.
Pelakon siri drama Modern Family, Eric Stonestreet turut disenaraikan dalam 10 individu paling menarik.
Pippa mula menarik perhatian media selepas tampil menarik ketika majlis perkahwinan kakaknya bersama Putera William pada April lalu dan sejak itu, beliau sering menjadi tumpuan pelbagai pihak.
Sementara itu, rancangan realiti televisyen mengenai Kim Kardashian bersama keluarganya mencetuskan fenomena di AS, sekaligus meningkatkan populariti mereka.
Fenomena tersebut ditambah pula dengan perkahwinan mewah Kardashian dengan pemain bola keranjang Kris Humphries sebelum bercerai selepas berkahwin selama 72 hari. – REUTERS
sumber: utusan.com.my

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More