Monday 9 January 2012

Kenapa Wanita Lebih Suka Cari Teman Baiknya??


SOALAN :  
Kenapa Wanita Lebih Suka Cari Teman Baiknya???

Jawapan :   

MASALAH :  
  • Teman Baiknya lebih memahami isi hatinya. 
  • Mampu mengatakan perkara yang sedap didengar oleh dirinya. 
  • Ambil serius terhadap masalah yang dihadapi dan pendengar yang baik.
SHOPPING : 
  • Ada wanita yang memang suka shopping dengan rakan karibnya berbanding BF mereka. 
  • Sebab : citarasa BF mereka berbeza. Dah lah berbeza, ada jer yang tak kena.
  • Ini tak boleh, itu tak boleh. Wanita pun bosan lah kan... Semua kedai kat Mid Valley disinggah, the end satu pun tak beli. 
  • Kalau dengan rakan karib mereka, mereka boleh share pendapat. Biasalahkann....
MINAT :  
  • Kalau minat dah beza dengan BF tu, memang payah lah juga. Melainkan kita saling memahami. Toleransi antara satu sama lain.   
  • Contoh, kalau wanita itu seorang kaki Korea, BF tak minat langsung dan tak tahu langsung pasal Korea ni. Macam mana wanita ni nak berbual dengan BF dia. Pasti wanita tu nak bual pasal benda yang dia suka. (Begitu juga sebaliknya)
  • Ada juga BF tak minat bola, tp GF bukan main minat gilerrrr.... bila kena isu-isu hangat bola macam (UEFA ker, EPL ker, Worldcup ker)... Mesti dia nak cakap pasal isu tu, so dia carilah rakan bual yang sehaluan.
  • Cuba tunjuk minat sikit lah, kata sayang... so berkorban sikit jer... 
KECANTIKAN :  
  • Sangatlah jarang ada lelaki yang suka berbual pasal kecantikan. Wanita ni lain, suka bebenor cakap pasal kecantikan. 
  • Kadang-kadang nak potong rambut pun fikir banyak kali, salon mana, style apa.Mungkin benda-benda macam ni tak sesuai dibincang dengan BF sebab BF tu tak tahu nak komen apa. 
  • So, wanita pun pergilah cari rakan karibnya.
Apa yang saya nyatakan kat atas ni, berdasarkan apa yang saya rasa dan pemerhatian kat kawan-kawan saya yang lain. Sesungguhnya, setiap orang itu berbezakan....  
 You All Boleh Juga Nyatakan Pengalaman You All
Titik Santai :   
Apa-apapun, setiap hubungan yang terjalin haruslah ada persefahaman. Cuba memahami antara satu sama lain dan MENGHORMATI kebebasan pasangan kita
Kalau tak suka pun, cuba cakap secara baik, bincang secara matang..

busuk.org

0 tukang komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More